Friday 14 December 2012

berdengkur???



Masalah berdengkur sememangnya perlu la yer diatasi..
Hehe..ayat skema habis la kann. .ok . .

Cemana seseorang tu boleh berdengkur?? Hmm. . .
«  Otot pada lidah, lelangit dan tekak menjadi lemah. Kesan otot yang lemah itu menyebabkan lidah tertarik ke belakang dan menutupi aliran udara serta menyekat saluran pernafasan
«  Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak kanak yang mempunyai tonsil yang bengkak turut mengalami masalah berdengkur
«  Factor berat badan berlebihan dan mempunyai leher yang pendek serta besar
«  Lelangit lembut dan anak tekak yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak sekali gus menyebabkan getaran berlebihan dan menghasilkan dengkuran
«  Hidung yang tersumbat akan menyebabkan kesukaran ketika bernafas dan seseorang itu akan menyedut lebih udara untuk bernafas

Dengkur ada 3 peringkat tau..
Hehe. .
Peringkat 1st  - dengkuran ringan 4 atau 5 kali sebelum berhenti dan diulangi lagi
Peringkat 2nd – dengkuran sederhana iaitu berterusan selama 10 hingga 15 min tetapi bunyinya sama
Peringkat 3rd  - dengkuran serius hingga menyebabkan nafas terhenti dan terjaga, menarik nafas yang dalam dan keadaan ini akan diulangi secara berterusan. Peringkat ini dipanggil ‘Apnea Tidur Obstruktif’ (OSA)

Petua nak kurangkan dengkur . .
«  Kurangkan berat badan sekiranya mempunyai berat badan berlebihan
«  Kurangkan ubat ubatan yang memberi kesan mengantuk
«  Elakkan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam sebelum tidur
«  Tidak tidur berlebihan dan patuhi waktu tidur setiap hari
«  Tidur pada posisi mengiring daripada posisi terlentang
«  Tinggikan kepala katil atau bantal lebih kurang 4 inci keatas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

That’s all..
Thank you..=))
xoxo - syahi's